Project Description

Overview

Goal Malaysia merupakan satu program di bawah payung program antarabangsa Goal yang menggunakan disiplin, semangat dan latihan kesukanan untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan hidup bagi remaja perempuan. Sesi Goal dijalankan sekali seminggu di hab ataupun sekolah yang terpilih.

Apakah Goal?

Program Goal merupakan satu program pembangunan gadis di peringkat antarabangsa yang ditaja oleh bank Standard Chartered dan dilaksanakan oleh Women Win, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertapak di Amsterdam. Malaysia telah dipilih untuk menjadi negara ke-21 untuk menjalankan program Goal dengan pelaksana tempatan iaitu Pertubuhan WOMEN:girls. Program ini mempunyai 4 teras pengajaran:

  1. Be Yourself: Antara contoh topik pembelajaran adalah keyakinan diri, penyelesaian konflik, dan komunikasi.
  2. Be Healthy: Antara contoh topik pembelajaran adalah amalan kesihatan diri, kesihatan reproduktif, imej positif, dan pencegahan kehamilan.
  3. Be Empowered: Antara contoh topik pembelajaran adalah pengenalan tentang hak- hak kanak-kanak dan wanita, perbezaan tentang keperluan dan kemahuan dan keganasan terhadap gender.
  4. Be Money Savvy: Antara contoh topik pembelajaran adalah pengurusan wang dan simpanan wang, kepentingan bajet, dan matlamat masa hadapan.

Syarat Penyertaan

Gadis berumur 13 – 17 dan tinggal sekitar Lembah Klang.

Cara-cara Penyertaan

a) Mengisi borang online

GOAL akan diadakan di 3 hab iaitu

  1. Klang
  2. Bangi
  3. Sungai Buloh

b) Untuk sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada shuen@womengirls.org/ iman@womengirls.org atau

hubungi kami di +603 7682 8611.

Goal E-Book Cover

Hello Goal Girls! Ever wanted to experience Goal, out of Goal? Here’s your chance! Presenting, an all-exclusive Goal E-Book! This E-Book contains loads of exciting and interactive activities, games and reflections for you to experience. Journey with our two friends, Mawar and Sizzie as we travel through each module, collecting new and enriching knowledge, experiences and along the way – discovering ourselves.

Download your very own Goal E-Book here:

ENGLISH VERSION

BAHASA MELAYU VERSION

CHINESE VERSION

TAMIL VERSION

Join the Movement

Your support and partnership allows WOMEN:girls to continue to transform and make a difference in their lives.